CIPTA CARES



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena dengan kehadiran bulan yang mulia ini, kami di CIPTA telah melancarkan satu inisiatif tanggungjawab sosial yang diberi nama CIPTA CARES.
Untuk permulaan, CIPTA CARES akan mengumumkan dua projek utama yang merangkumi bantuan kepada mereka yang memerlukan dan penghargaan kepada mereka yang berada di barisan hadapan.

Projek 1 : Tabung KitaJagaKita

Tabung ini adalah usahasama kami bersama ANDA sebagai pelanggan kami untuk membantu keluarga yang kesempitan akibat PKP. Untuk setiap helai baju keluaran CIPTA yang dibeli oleh ANDA, kami akan menyumbang RM2 ke dalam Tabung KitaJagaKita ini. Jumlah sumbangan serta pihak NGO yang telah kami agihkan akan diumumkan selepas Hari Raya.

Projek 2 : Baju Raya PERCUMA kepada Barisan Hadapan

Untuk menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh mereka yang berada di barisan hadapan, kami dengan sukacitanya memperuntukkan 200 helai Baju Raya PERCUMA untuk :
A) Staf, Pegawai, Jururawat & Doktor yang terlibat secara langsung dalam menangani COVID19
B)Pegawai Polis & Askar yang bertugas sepanjang tempoh PKP
C) Posmen, Kurier, Penghantar barangan dan makanan berdaftar
D) Mana-mana pihak yang tidak dinyatakan di atas tetapi berkhidmat dalam “essentials services” sepanjang tempoh PKP.

Baju Raya PERCUMA ini hanya boleh di tebus oleh mereka sendiri dan sah untuk sekali tebusan bagi setiap nama yang didaftarkan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Kedua-dua projek ini akan terus dimulakan mulai saat ini dan akan ditutup apabila diberitahu kelak.

Terima Kasih.